Home Bahasa Melayu Saluran Minyak Bocor Punca Bot Meletup

Saluran Minyak Bocor Punca Bot Meletup

Pasukan penyiasat Indonesia mengenal pasti kebocoran minyak pada paip yang berkarat sebagai punca letupan bot di Bali pada 15 September lalu.

Pihak berkuasa turut menemui beberapa palam elektrik tidak bercantum antara satu sama lain.

Menurut Ketua Jabatan Forensik Bali, Kusnadi, minyak yang bocor dan terkena palam elektrik berupaya menyebabkan letupan.

Polis Indonesia juga menafikan insiden disebabkan serangan bom.

Dalam kejadian 15 September lalu, letupan bot membawa pelancong ke Lombok mengakibatkan dua wanita warga asing terbunuh dan 18 yang lain cedera.

Letupan tercetus lima minit selepas ia bertolak dari pelabuhan Padang Bai, Bali.

Mangsa yang maut adalah warga Itali dan Australia.