Home Bahasa Melayu Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Ditangguh

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Ditangguh

NX Digital

Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sepatutnya diraikan pada 23 Mac ini.

Bagaimanapun, ia ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata penangguhan itu bagaimanapun tidak menjejaskan hari kelepasan am pada hari tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.