Home Bahasa Melayu Sambutan Ke-50 FELCRA Berhad Dilancarkan

Sambutan Ke-50 FELCRA Berhad Dilancarkan

Pelepasan 50 kenderaan melibatkan warga FELCRA dan media yang dijadualkan terlibat dalam konvoi kembara media dilancarkan pagi tadi.

Aktiviti dua hari ke projek FELCRA Berhad, Seberang Perak itu bersempena sambutan ulang tahun jubli emas agensi itu.

Majlis pra pelancaran sambutan ke-50 FELCRA Berhad dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Turut hadir, Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Bung Moktar Radin.

Dalam majlis sama FELCRA turut memeterai memorandum persefahaman, MOU dengan MARA.

Ia melibatkan kolaborasi dalam tiga bidang utama iaitu pembangunan modal insan pembangunan keusahawanan serta perniagaan strategik kedua dua agensi itu.

Kerjasama turut memberi fokus dari segi pendidikan, latihan serta bimbingan.

Sambutan kemuncak jubli emas FELCRA dijangka diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC pada pertengahan November depan.