Home Bahasa Melayu Sekitar Resepsi Perkahwinan Nazim Dan Bella

Sekitar Resepsi Perkahwinan Nazim Dan Bella

Pasangan pelakon Nazim Othman, 32 dan Bella Daly, 25 mengabadikan kenangan sebagai pengantin baru bersama sama tetamu di Hotel Promenade Kota Kinabalu tengah hari tadi.

Selain dihadiri ahli keluarga dan sanak saudara, majlis resepsi turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan rakan artis dan sahabat handai kedua mempelai.

Terdahulu, Nazim dan juga isterinya Bella telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di hotel yang sama pada jam 9.53 pagi tadi.

Pada majlis itu pengantin perempuan telah menerima mas kahwin RM300 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

KREDIT VIDEO : Instagram elfiraloy