Home Bahasa Melayu SK Kampung Nyalau Ditutup Akibat Banjir

SK Kampung Nyalau Ditutup Akibat Banjir

NX Digital

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Nyalau, di Samalaju, Bintulu, Sarawak ditutup selepas kawasan sekolah terbabit ditenggelami banjir hampir 0.5 meter susulan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Kawasan terbabit mula dinaiki air sejak jam 10 pagi semalam dan paras air masih belum surut hingga kini.

Selain kawasan sekolah, berberapa kawasan rendah di sekitar perkampungan terbabit juga mula dilanda banjir.

Sebagai langkah keselamatan, pihak sekolah telah mengarahkan 160 murid pulang.

NX Digital

Banjir yang melanda kawasan terbabit turut menyebabkan laluan antara Kampung Nyalau Tengah dan Kampung Hulu Nyalau terputus hubungan.

Pihak berkuasa sudah bersiap sedia bagi menghadapi pelbagai kemungkinan.

Bagaimanapun, hingga kini belum ada mangsa dipindahkan.