Home Bahasa Melayu Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah

Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah

Foto: BBXpress
Foto: BBXpress

Pelakon, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah dalam badan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, minggu lalu.

Sofi Jikan, 48, bagaimanapun minta dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Majistret Nurulhuda menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC) di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy manakala pelakon berkenaan diwakili peguam Datuk Haniff Hassan.

Pada Jumaat lalu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.