[VIDEO] Banjir Air Kehitaman Dekat Sungai Miang

Sekitar Kampung Baru Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan digenangii air bah berwarna kehitaman sedalam hampir satu meter.

Difahamkan warna air itu dipengaruhi tanah hutan gambut yang berada di sekeliling kawasan terjejas.

Seramai 746 mangsa membabitkan 189 keluarga dari Sungai Miang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di daerah Pekan.

Di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sg Miang menempatkan seramai 375 mangsa daripada 94 keluarga.

Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang pula menempatkan 327 mangsa melibatkan 81 keluarga.

Manakala 44 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di SK Seri Biram.