[VIDEO] Tindakan Trump Tidak Wajar
Kesan daripada tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menguatkuasakan larangan imigresen turut memberi kesan kepada krew penerbangan yang juga pemegang passport dari tujuh negara Islam terlibat turut diharamkan memasuki Amerika Syarikat.
Pengesahan itu dibuat oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA.
Dalam pada itu suasana ruang ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles sayu apabila pengunjung dari Iran yang baru tiba ditahan untuk dihantar semula ke negara asal.