Seorang maut, manakala tiga parah selepas kereta hilang kawalan dan terbabas, sebelum melanggar pokok di hadapan sebuah restoran Aeba Kinabatangan, Sabah, kira-kira jam 1.15 tengah hari.
Mangsa, Jamaluddin Saka, 51 tahun meninggal di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa yang cedera, Mariamah Tolahdi, 50, Mohd Shami Rizal,11, Rizal Andi Samalidin, 43, hantar ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.
Manakala seorang lagi mangsa, Afiq Fahmi Hasbi Salamat tidak mengalami sebarang kecederaan.