Seorang bapa dipenjara 480 tahun dan 18 sebatan selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan merogol anak kandung berusia 13 tahun.
Tertuduh berusia 38 tahun membuat pengakuan bersalah atas setiap pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sarikei, Maris Agan.
Hakim menetapkan setiap kesalahan, tertuduh dipenjara 30 tahun.
Selain itu, beberapa pertuduhan turut dikenakan hukuman sebat.
Semua hukuman dijalankan serentak mulai hari ini.
Mengikut fakta pertuduhan tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di dalam sebuah bilik di Rumah Panjang Jugah, Sungai Bulat, Sarikei, Sarawak.
Kesalahan dilakukan antara sejak Januari 2016 hingga 5 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.