Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang menjadi tebusan bapa kandung diselamatkan selepas suspek ditembak dengan senjata taser.
Tindakan itu dilakukan selepas polis bimbang keselamatan mangsa setelah bapa kanak-kanak terbabit berusia 33 tahun disyaki menghadapi masalah mental bertindak menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan dan mengacu lehernya dengan parang tajam.
Tembakan taser itu menyebabkan suspek lumpuh dan mangsa diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 petang semalam di Kampung Bintawa Hilir, Kuching,Sarawak.
Sebaik mendapat laporan seorang lelaki mengamuk dan berkurung di dalam rumah dengan menjadikan anaknya sebagai tebusan
Sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, polis mendapati suspek bersenjatatkan sebilah parang mengaju senjaya terbabit ke leher anaknya sendiri.
Lelaki terbabit turut mengugut mencederakannya anak sendiri jika polis untuk memasuki rumahnya.
Polis cuba memujuk mangsa menyerah diri namun gagal.
Bimbang keadaan bertambah buruk, polis menyerbu rumah terbabit dan melepaskan tembak taser terhadap mangsa dan mengakibatkan mangsa lemah dan lumpuh seketika serta anak suspek yang dijadikan tebusan diselamatkan.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.
Sebilah parang dirampas dan siasatan awal polis dimaklumkan sespek mengalami masalah emosi dan mental selepas bercerai.