2 Maut Tertimbus Tebing Runtuh

Dua pekerja binaan warga Bangladesh maut akibat tertimbus selepas tebing berhampiran rumah kongsi didiami mereka runtuh.

Kejadian berlaku di Jalan Hulu Langat , Kajang Selangor.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, dua lagi pekerja berjaya diselamatkan tetapi seorang daripada mereka cedera di kaki.

Semua mangsa sedang tidur ketika kejadian.

Hujan lebat dipercayai menyebabkan tebing itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap dua bilik rumah kongsi berkenaan.

Bomba yang panggilan pada jam 4.09 minit pagi menggerakkan satu jentera dengan enam anggota ke lokasi.

Mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh rakan mereka sebelum bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Rana, 40, dan Masudrana, 22, tahun.