[VIDEO] Individu Bergelar “Datuk Seri’ Dibawa Mohon Reman Suapan RM19 Juta

Kemalangan Hanya Melibatkan Dua Motosikal Bergesel

ANIH Berhad selaku syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) memaklumkan bahawa kemalangan di dalam Terowong Genting Sempah yang tular menerusi Facebook Malaysian Response Team berlaku pada jam 5.35 petang, Sabtu (23 September 2017).

Insiden berkenaan dapat dikawal sepenuhnya oleh petugas LPT Ronda tanpa mengakibatkan sebarang kecelakaan.

Untuk rekod, kejadian hanya membabitkan 2 buah motosikal bergesel sesama sendiri dan jatuh di laluan kanan.

Susulan insiden seorang penunggang motosikal mengalami cedera ringan.

Kenderaan berat serta kenderaan-kenderaan lain yang kelihatan di dalam video sempat menghentikan kenderaan mereka tanpa mengakibatkan sebarang kemalangan.

Oleh itu, ANIH Berhad menasihatkan pengguna KLK terutamanya penunggang motosikal untuk tidak menunggang secara berkonvoi di dalam terowong dan sentiasa menunggang secara berhemah serta peka dan patuh terhadap isyarat atau papan tanda keselamatan yang dipaparkan di sepanjang jajaran lebuh raya.

ANIH Berhad juga sentiasa memantau dan berusaha bertindak atau memberi bantuan dengan kadar segera terhadap insiden yang berlaku dalam jajaran lebuh raya di bawah pengurusan.