Jenazah pelajar Pusat Tahfiz Al-Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur jam 12.40 tengah malam tadi.
Selesai pengebumian Imam Masjid An-Nur Felda Bukit Aping Timur Masrom Jaafar membacakan talkin dan doa.
Sebelum itu jenayah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin tiba dirumah keluarganya kira-kira jam 10.50 malam dari Hospital Sultan Ismail HSI.
Dan disembahyangkan oleh masyarakat setempat termasuk 25 pelajar Pusat Thafiz Al-Jauhar.
Sebelum jenazah beliau di bedah siasat di Hospital HSI mengambil masa lebih lima jam.
Allahyarham Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia jam.2.05 petang semalam di hospital HSI selepas kedua -dua kakinya dipotong dipercayai akibat jangkitan kuman selepas dipukul.oleh pembantu warden .