Jangan percaya pada laporan yang tersebar mengenai 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal dalam mata pelajaran Sejarah!
Laporan itu disahkan palsu oleh Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan memaklumkan, setakat ini pihak Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan secara rasmi SPM 2017.
Pengumuman keputusan SPM 2017 hanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Seramai 443,883 calon di seluruh negara menjalani peperiksaan SPM di 3,363 pusat peperiksaan dari 6 November hingga 4 Disember tahun lalu.