
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada Isnin, jam 8.30 pagi bagi membincangkan usul pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau terdahulu berkata sebelum pertemuan itu, satu mesyuarat exco akan diadakan dan tarikhnya akan diumumkan kelak.
Tarikh akhir mandat DUN Pulau Pinang ialah pada 28 Jun.
Pulau Pinang diperintah pakatan harapan sejak 2008 dan pada pilihan raya umum lepas DAP menang 19 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR (10), PAS (satu) dan Barisan Nasional (10).
Bagi kerusi Parlimen, DAP menguasai tujuh kerusi, PKR (tiga) dan BN (tiga).