
Kecuaian boleh membawa musibah. Malah, mungkin meragut nyawa.
Penangkap ular Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jerteh Mohd Zu Mohd Nor, 33 tahun menunjukkan tangan kanannya yang cacat dipatuk ular senduk pada 2010.

Sebelum ini, seorang anggota bomba, Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan kemahiran menjinak dan menangkap ular, meninggal dunia ketika selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong, Pahang.