Suruhanjaya Pengangkutan Darat SPAD memberkas lima individu termasuk seorang wanita dipercayai anggota sindiket yang mendalangi jualan tiket di Terminal KTMB, Johor Bahru Sentral, awal pagi tadi.
Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi dilakukan berdasarkan risikan dan aduan pengguna keretapi.
Beliau yang ditemui selepas mengetuai Operasi Ulat Tiket di terminal Keretapi Johor Bahru Sentral, pagi tadi.
Operasi yang pertama kali diadakan ini disertai 25 pegawai dan anggota penguakuasa SPAD bagi memberkas ulat tiket yang semakin berleluasa .
Sejak bulan 10 tahun lalu, SPAD terima 14 aduan daripada pengguna berhubung kegiatan ulat tiket.
Semua suspek yang ditahan berumur 22 hingga 72 tahun.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.