Peratusan calon mendapat semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR tahun ini meningkat satu peratus dengan pertambahan 4,062 calon.
Tahun ini 8,958 calon memperoleh semua A berbanding empat ribu 896 calon tahun lalu.
Keputusan UPSR 2017 dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Amin Senin sewaktu mengumumkan buat pertama kali Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah PPSR tahun ini di Putrajaya pagi tadi.
Menurut Datuk Amin selain ramai yang memperoleh semua A dalam ujian tersebut calon yang mencapai penguasaan tahap minimum dalam UPSR 2017 turut meningkat.
Iaitu sebanyak 1.6 peratus atau 293,514 calon berbanding 293,84 calon tahun lalu.
Peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya gred E pula, turun 0.9 peratus.
Peratusan calon yang belum mendapat gred E dalam semua mata pelajaran juga turun 0.7 peratus pada UPSR 2017.
443,794 murid tahun enam menduduki UPSR tahun ini.
PPSR 2017 turut menunjukkan 24,612 murid yang sangat aktif dan komited dalam aktiviti kokurikulum serta menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti disertai.
Bagi Indeks Jisim Badan (BMI), 268,314 murid mempunyai jisim badan normal.
Manakala 56,584 murid dikategorikan sebagai berisiko berat berlebihan.
58,294 murid pula mempunyai berat badan berlebihan.
Datuk Amin berkata maklumat dalam PPSR harus digunakan oleh semua pihak kerana pelaporan itu menggambarkan profil murid sebagai modal insan untuk negara pada masa depan
Menggunakan tanda pagar UPSR Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berkongsi ucapan tahniah buat pewaris bangsa akan datang.
Beliau turut memberi kata semangat iaitu tidak kira apa keputusan yang diterima...jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang banyak membantu.
Keputusan yang diumumkan hari ini turut membabitkan 3 komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS termasuklah pentaksiran bilik darjah pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.
Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Kampung Pulau Timbul, Mukim Jeram, Tunjang membaca doa dan surah Al-Fatihah untuk Almarhum, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muad’zam Shah sebelum masuk ke dewan untuk menduduki peperiksaan UPSR.
Seramai 20,373 calon menduduki Peperiksaan UPSR di Terengganu.
Daripada jumlah itu, seramai lapan calon terpaksa mengambil peperiksaan di hospital.
Seramai tiga calon mengambil peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Dua calon di Hospital Daerah Dungun
Manakala seorang calon di Kuala Terengganu Specialist (KTS), seorang calon di Hospital Daerah Kemaman, dan seorang lagi di Hospital Hulu Terengganu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin mengesahkan perkara itu.
Tinjauan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi tadi mendapati, murid terbabit kelihatan tenang menjawab soalan kertas bahasa melayu 1 dan 2, walaupun dalam keadaan terbaring di atas katil.
Calon itu dikenali sebagai, Muhammad Alif Iqhwan Mohd Hapizu dari Sk Seri Nilam, dimasukkan ke hospital berikutan sakit perut dan cirit birit.
Manakala Nur Nadihah Uzma Mohd Affandi dari Sk Telaga Papan terlibat dalam kemalangan, dan Nur Ain Hidayah Ngah dari Sk Maras, dilaporkan cedera di pergelangan tangan akibat terkena serpihan kaca.
Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Gaya, Kota Kinabalu awal pagi tadi.
Seramai 443,794 orang calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 di 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah seramai 433,536 calon manakala sekolah swasta seramai 10,258 orang calon.
Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Gaya, Kota Kinabalu awal pagi tadi.
Di Sabah, Seramai 44,290 calon menduduki UPSR 2017.
UPSR yang bermula hari ini sehingga 14 dan 18 September ini di 1,088 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh Sabah.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata daripada jumlah itu, 33,509 adalah calon Sekolah Kebangsaan; 5,318 calon bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); manakala 463 calon lagi untuk sekolah swasta.
Beliau berkata seramai 139 calon di Sabah akan menduduki Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah yang diperkenalkan untuk pelajar-pelajar istimewa dan merupakan sebahagian daripada format baharu UPSR pada tahun ini.
Selain itu , Jabatan Pendidikan Negeri juga telah melantik seramai 4,567 petugas peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard.
Pengurus peperiksaan di semua peringkat dan para petugas juga dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan semua langkah persediaan dapat digerakkan serta-merta sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan membuat tindakan segera agar calon-calon masih boleh menduduki ujian ini walaupun berhadapan dengan bencana.