Satu kemalangan maut membabitkan seorang lelaki berlaku di kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Nilai.
Mangsa, Abu Burhan Isa, 21, berasal dari Kemayan, Pahang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, jam 9.30 malam tadi.
Siasatan awal menunjukkan mangsa hilang kawalan semasa menunggang motosikal jenis Yamaha 125z sebelum terbabas dan merempuh kereta Perodua Viva di laluan memotong.
Cuaca dilaporkan baik walaupun jalan basah selepas hujan.
Mayat kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat.
Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.