Seorang lelaki yang cuba melakukan jenayah cedera dipukul penduduk ketika dia memecah masuk sebuah rumah di Pandamaran Jaya, Klang, Selangor.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan mangsa menyedari terdapat dua lelaki cuba memecah masuk rumahnya.
Mangsa bertindak menghubungi jiran bagi meminta bantuan.
Tindakan jiran mangsa berjaya menahan salah seorang daripada penjenayah terbabit dan seorang lagi sempat melarikan diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, hasil siasatan mendapati, suspek yang ditahan adalah warga Nepal, berusia 26 tahun.
Tambahnya lagi pihaknya juga berjaya merampas pisau berukuran 14 sentimeter yang dibawanya dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah.