Home Bahasa Melayu Tan Sri Hamad Zahirkan Ucapan Terima Kasih

Tan Sri Hamad Zahirkan Ucapan Terima Kasih

Tan Sri Hamad dalam kenyataannya, turut menzahirkan rasa terharu kerana diberi peluang berkhidmat untuk rakyat khususnya golongan bumiputera sepanjang lebih tiga dekad bersama Permodalan Nasional Berhad,PNB.

Beliau turut syukur kerana sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah mengubah nasib para pemegang unit amanah PNB, menerusi pengumpulan pelaburan dan peningkatan pendapatan.

Katanya, kepercayaan yang disandarkan jutaan rakyat malaysia kepadaPNB selama ini amat dihargai sehingga menjadikan PNB sebuah institusi yang berjaya seperti yang dapat dilihat hari ini.

PNB juga katanya, telah dapat menerajui usaha menyediakan pendidikan pelaburan bersepadu untuk masyarakat umum.

Beliau turut menyatakan keyakinan, bahawa PNB akan terus maju dan dapat memenuhi mandat penubuhannya di bawah tampuk pimpinan Tan Sri Abdul Wahid dan Datuk Abdul Rahman.