Home Bahasa Melayu Terharu Berkhidmat Lebih 3 Dekad Untuk Rakyat Malaysia

Terharu Berkhidmat Lebih 3 Dekad Untuk Rakyat Malaysia

Tan Sri Hamad berkata beliau amat terharu kerana diberi peluang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia, khususnya golongan bumiputera sepanjang lebih 3 dekad bersama PNB.

Dalam satu kenyataan, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat sedikit sebanyak menyumbang ke arah mengubah nasib para pemegang unit amanah PNB menerusi pengumpulan pelaburan dan peningkatan pendapatan.

Beliau juga amat tersentuh mengenang kepercayaan yang disandarkan kepada PNB oleh jutaan rakyat Malaysia selama ini, yang telah menjadikan PNB seperti apa yang dapat dilihat hari ini.

PNB katanya telah dapat menerajui usaha menyediakan pendidikan pelaburan bersepadu untuk masyrakat umum.

Beliau juga yakin di bawah tampuk pimpinan Tan Sri Abdul Wahid Dan Datuk Abdul Rahman, PNB akan terus maju dalam memenuhi mandat penubuhannya dan mendokong kepercayaan para pemegang unit amanah.