Home Bahasa Melayu Tiada Kaitan Dengan Pengganas

Tiada Kaitan Dengan Pengganas

Tiada sebarang elemen mencurigakan dan kaitan aktiviti keganasan ditemui pada kapal bawa baja dari Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di perairan Bali, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa Indonesia bagi mendapat maklumat lengkap mengenai kes berkenaan.

Beliau juga meminta semua pihak tidak cepat membuat andaian termasuk mengaitkan penahanan kapal itu dengan aktiviti keganasan.

Tan Sri Khalid yakin kapal yang membawa 30 tan baja tidak digunakan untuk tujuan lain selain perladangan dan pertanian.

Semalam, pihak berkuasa Indonesia di Bali semalam menahan kapal dari Malaysia yang dipercayai mungkin digunakan untuk membuat bom.