Home Bahasa Melayu Timor Leste Iringi Vietnam

Timor Leste Iringi Vietnam

Timor Leste mengiringi Vietnam dari Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir selepas membenam Singapura 2-0 pada aksi terakhir kumpulan semalam.

Singapura yang ketinggalan dua mata di belakang lawannya itu, turut berpeluang untuk mara jika menang dalam perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan itu, Timor Leste bermula garang selepas membuka jaringan pertama seawal minit keenam menerusi Rufino Gama.

Jose Maria Oliveira menambah jaringan kedua Timor Leste ketika perlawanan berbaki dua minit untuk memastikan mereka mengiringi Vietnam ke separuh akhir.

Sekali gus mencipta sejarah kali pertama layak ke separuh akhir kejohanan Bawah 19 tahun AFF.