Home Bahasa Melayu Warga Emas Cedera Ditetak Penyamun

Warga Emas Cedera Ditetak Penyamun

Seorang lelaki cedera di tetak dalam satu kejadian samun di Lengkuk Sri Siantan 50, Taman Sri Andalas Klang, Selangor.

Mangsa Zaman Huri Md Napis, 63 tahun, berada di dalam rumah ketika kejadian.

Manakala isterinya Aminah Abdullah Thani sedang membersihkan halaman rumah apabila didatangi seorang lelaki berparang yang memaksa mangsa menyerahkan barangan berharga.

Menurut Aminah, ketika bergelut suspek beberapa kali melibas parang ke arah suaminya, menyebabkan dia cedera di tangan.

Mangsa yang juga ibubapa kepada ahli majlis tertinggi PKR, Selangor, Azmizam Zaman Huri kemudiannya di kejarkan ke hospital oleh jiran.

Satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan.

Polis turut memaklumkan kes samun dengan menggunakan modus operandi sama turut dilaporkan berlaku pada hari sama di Johan Setia Dan Taman Permata, Banting.