Home fani

fani

Prosiding RCI Forex Berakhir Hari Ini

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Forex Bank Negara yang bermula pada 8 Ogos lalu berakhir hari ini. Dalam ucapan penutup, Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, perkara itu diputuskan selepas suruhanjaya selesai mendengar keterangan 25 saksi dan meneliti 42 dokumen sepanjang 9 hari bersidang. Tan Sri Sidek antara lain juga menyatakan tiada keperluan […]

Sayang Kucing Pada Tuannya

Video mengenai seekor kucing yang dikatakan enggan meninggalkan kubur seorang lelaki di Langkawi Kedah. Aksi kucing putih berkenaan mencuri perhatian ramai apabila berada di pusara seorang lelaki yang diketahui sangat menyayangi kucing semasa hayatnya. Kejadian itu dirakam di tanah perkuburan Islam di Langkawi. Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Soffuan CZ telah memuat naik video dan beberapa keping […]

Khamis Depan Keputusan Sah Nikah Joy Dan Datuk Ray

Keputusan pengesahan pernikahan antara ahli perniagaan Siti Arifah Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan bekas suaminya Datuk Ray Imran akan diputuskan pada 28 September ini. Tarikh itu dimaklumkan Datuk Ray atau nama sebenarnya Mohd Rayus Abdul Rahim selepas kesnya disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Aminullah Bahrin pagi tadi. Mengulas lanjut […]

Aksi Panjat Papan Tanda Gergasi ‘Ipoh’ Berulang

Selepas insiden remaja memanjat mercu tanda Ipoh awal tahun lalu yang menjadi tular. Kali ini kejadian yang sama berulang membabitkan sekumpulan anak muda memanjat sebuah lagi mercu tanda Ipoh berhampiran Kilometer 294.4 Lebuh Raya Utara Selatan. Video berdurasi 60 saat itu menjadi tular sejak semalam di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp. Ia antara lain […]

Suami Isteri Larikan Duit Tabung Derma Pusat Tahfiz

Tular di media sosial mengenai tindakan sepasang suami isteri yang melarikan tabung kutipan derma pusat tahfiz dari sebuah stesen minyak di Bandar Kerteh, Kemaman, Terengganu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata kedua-dua suspek berusia antara 30 dan 40-an. Katanya, menerusi rakaman CCTV kedua-dua suspek didapati berpura-pura membeli barang di kedai stesen minyak […]

Bekas Pembantu JPN Berdepan 5 Tuduhan Palsukan Dokumen

Bekas Pembantu Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas lima tuduhan memalsukan dokumen dan menipu permohonan kad pengenalan, antara dua hingga lima tahun lalu. Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. Tertuduh didakwa memalsukan Surat Permohonan Gantian Lewat Kad Pengenalan atas nama […]

IKBN Diarah Tawar Khidmat Pendawaian Kepada Pusat Tahfiz

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk menawarkan khidmat pemeriksaan, dan pemantauan pendawaian secara percuma kepada lebih 100 pusat tahfiz di seluruh negara. “Saya dah arah ikbn yang pakar dalam pendawaian utk memberi khidmat percuma kepada sekolah tahfiz supaya dapat buat pemantauan pembaikan sekiranya diperlukan”,katanya. Beliau sebentar tadi hadir […]

Peniaga Dipenjara Gara-gara Hantar SMS Lucah

Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama Tiga bulan oleh  Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini  atas 10  pertuduhan  menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang guru. Tertuduh , Mohd Basyir Abu Bakar, 27 tahun ,  mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998Ki dibacakan dihadapan Hakim Mohammad Haldar […]