Home saberi

saberi

Ketua Pengarah SPRM Akui Pelbagai Cabaran Banteras Rasuah

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Zulkifli Ahmad mengakui pihaknya berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha membanteras rasuah di negara ini. Katanya, sebagai badan yang diamanahkan untuk melaksanakan usaha membanteras rasuah, pasukan itu amat memerlukan doa dan sokongan rakyat Malaysia disemua peringkat. Yang jelas katanya, usaha SPRM mampu membantu mereka yang […]

Fradden Dawan Tambah Emas Negara

Perenang Malaysia, Fradden Dawan memenangi pingat emas dalam acara dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki akhir S10 pada Sukan Para Asean 2017 di Kompleks Renang Bukit Jalil.  

Atlet 1500m Raih Emas Untuk Negara

Tahniah! Atlet Malaysia, Muhamad Ashraf Muhammad Haisham dengan pingat emas yang dimenanginya dalam acara akhir 1500m kategori T46 pada Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil.  

Dua Beranak Didakwa Lakukan Kelucahan Melampau

Dua beranak masing-masing berusia 53 dan 25 tahun didakwa di Mahkamah Seksyen Sibu atas kesalahan melakukan kelucahan melampau ke atas seorang kanak-kanak perempuan. Kedua tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit secara berasingan antara Mei hingga Ogos tahun lalu di Sungai Durin, Sibu, Sarawak. Perbuatan kedua tertuduh terbongkar apabila kanak-kanak terbabit yang juga cucu dan anak saudara […]

Lebih Setahun Rogol Anak Kandung, Bapa Akhirnya Dipenjara 480 Tahun

Seorang bapa dipenjara 480 tahun dan 18 sebatan selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan merogol anak kandung berusia 13 tahun. Tertuduh berusia 38 tahun membuat pengakuan bersalah atas setiap pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sarikei, Maris Agan. Hakim menetapkan setiap kesalahan, tertuduh dipenjara 30 tahun. Selain itu, beberapa pertuduhan turut dikenakan hukuman sebat. […]

Replika Dinosaur Terbakar Selepas Lelaki Gagal Padam Api

Replika dinosaur setinggi 12 meter yang diletakkan di laluan masuk Sentral Bazar Nilai 3, Nilai, musnah terbakar, hari ini. Kejadian itu hanya disedari seorang pekerja pembersihan apabila melihat asap tebal pada rangka replika berkenaan sekitar jam 10.30 pagi tadi.   Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan daripada […]

Radiah Sumbang Emas Lompat Jauh T20 Wanita

Sukan Para ASEAN KL2017 Siti Noor Radiah Ismail menyumbang pingat emas acara Lompat Jauh T20 Wanita selepas melakukan lompatan sejauh 4.99 meter. Sekaligus menebus kehampaan meraih perak dua tahun lalu di Para ASEAN Singapura. Turut cemerlang, seorang lagi atlet negara,Nani Shahiera Zawawi yang meraih pingat perak dengan catatan 4.78 meter.  

Tan Sri Muhammad Muhamad Taib Kembali Ke Pangkuan UMNO – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa bekas naib presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan parti itu. Perkembangan terbaharu dalam parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu diumumkan perdana menteri yang juga Presiden UMNO pada sidang media khas di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, hari ini. “Tan Sri Muhammad […]

Malaysia Juara Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan

Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan kedua selepas menewaskan Awesome Club dari China 6-3 pada aksi akhir di Pantai Songdo, Korea Selatan, hari ini. Penyerang berusia 35 tahun dari Terengganu, Zaharim Yusof meledak dua gol bagi Malaysia, manakala Fakhruddin Mohamad, Riduwan Md Noor, Fakhrullah Mohamad dan Ridhwan Zainal masing-masing menjaringkan satu gol […]