Home Terkini

Terkini

Mana Mau Lari

Polis sudah telah mengenal pasti identiti empat suspek yang terlibat dalam kes menikam dan menggilis seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan dan menangkap kesemua suspek berkenaan. Tambah beliau, hasil bedah siasat yang dilakukan, mangsa meninggal dunia […]

Gagal Ujian Doping: S.Kumar Digantung Sementara

Arena sukan negara terus diuji hebat ketika memasuki penghujung tahun 2017 apabila seorang lagi atlet negara dipalit isu doping. Paling mengejutkan apabila atlet berkenaan dari skuad hoki kebangsaan apabila penjaga golnya, S.Kumar muncul mangsa terbaru yang gagal ujian doping ketika menyertai kempen Piala Asia 2017 di Dhaka Bangladesh, Oktober lalu. Perkara tersebut disahkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia […]

Terengganu Catat 96 Kes Curi Di Masjid Sepanjang 2017

Sebanyak 96 kes kecurian dilaporkan berlaku di masjid di seluruh Terengganu sepanjang tahun 2017. Kes kecurian yang dilapor membabitkan kenderaan dan harta benda. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, daerah Besut mencatatkan kes kecurian tertinggi yang melibatkan empat buah kereta dan 19 buah motosikal diikuti Kuala Terengganu yang melibatkan jenayah kecurian harta benda iaitu […]

Seorang Terbunuh, Dua Parah

Seorang terbunuh dan dua parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 66 Jalan Kuantan, Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan, Pahang kira-kira jam 9:50 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintandan Amran Sidek berkata, mangsa yang maut ialah penumpang Proton Wira dikenali Cheng Ying Yee, 19 tahun dari Bahau, Negeri Sembilan. Manakala pemandu Proton Wira […]

Aktiviti Judi ‘Sabung Ayam’ Ditumpaskan

Pihak polis berjaya menumpaskan aktiviti perjudian sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Kuching, Jeram, petang semalam. Kegiatan itu beroperasi di tapak berkenaan sejak beberapa tahun lalu disebabkan ia berada di lokasi terpencil. Lapan anggota dari bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) menyerbu lokasi itu kira-kira jam 5.30 petang, hasil daripada pemerhatian sejak […]

Hujan, Air Pasang Punca Banjir Di Sebuyau

61 orang mangsa daripada 17 keluarga yang  terjejas akibat banjir di Kampung Lubok Meranti, Sebuyau dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas kampung berkenaan dinaiki air pagi tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, hujan lebat yang berterusan semalaman menyebabkan kawasan kampung terbabit dinaiki air selain keadaan air pasang yang turut […]

‘Ustazah’ Didakwa Tipu Jemaah Umrah

Tak habis-habis lagi kes menipu jemaah umrah. Terbaru di Alor Setar, Kedah, seorang wanita bergelar ‘ustazah’ didakwa menipu sepuluh individu dengan menawarkan pakej umrah dan kesemua mangsa mengalami kerugian RM71,000. Seorang bakal jemaah dari Guar Chempedak, Yan, yang tidak mahu dikenali berkata, dia bersama isterinya sepatutnya berangkat menunaikan umrah semalam selepas dua kali ditunda sebelum […]

Rumah Dibina Tanpa Kelulusan MDK

12 buah rumah yang dihanyutkan banjir kilat petang semalam adalah perumahan setinggan yang dibina tanpa kelulusan Majlis Daerah Keningau. Pegawai Daerah Keningau, Yusop Osman menjelaskan, kesemua rumah yang dibina adalah di kawasan tanah rizab milik kerajaaan. Terdahulu, jawatankuasa majlis daerah telah memberi notis namun pemilik rumah enggan mematuhi arahan terbabit. Sehingga notis tamat dan tindakan […]

[VIDEO] Maut Ketika Buat Lagak Ngeri Untuk Kumpul Wang

Niat suci seorang ahli lagak ngeri bertukar tragedi. Kematian Wu Yongning, menggemparkan dunia apabila dia maut ketika melakukan lagak ngeri di bangunan setinggi 62 tingkat di Changsha, China. Yongning dilihat berada pada atas bagunan sebelum turun di bahagian sisi serta membuat latihan dan jatuh setelah hilang kawalan. Ahli keluarga tampil memberi keterangan bahawa Yongning cuba mengumpul wang bagi membiayai kos perubatan […]

[VIDEO] Ular Minum Air Dalam Gelas Di Arab Saudi

Seorang peminat ular di Arab Saudi mengajar ular peliharaannya minum air dalam gelas. Macam-macam kan? Thabet AL-Fadhi yang berasal dari Al-Qasab memberikan ular ini pelbagai jenis minuman, termasuk teh dan air berkarbonat. Thabet juga turut memiliki beberapa lagi ekor ular dan kesemuanya daripada spesis tidak berbahaya. Video yang dimuat naik ke laman sosial ini menjadi tular dan […]