Lihat gambar majlis resepsi perkahwinan pelakon jelita, Izara Aishah, 25 dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Adib Khalid, 27. Kalau memang dah cantik tambah bersolek pula memang makin bertambah cantik la. Majlis resepsi pasangan ini dilangsung di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Pada majlis itu, Izara diapit pelakon, Farah Nabilah dan tampil  busana ciptaan Rizman Ruzaini […]
  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melancarkan penjualan nombor plat khas T1M yang membawa maksud Transformasi 1 Malaysia di Litar Lumba Kereta Indrapura Pekan. Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof selaku pengurus bidaan nombor plat khas itu menghadiahkan nombor plat T1M 11 kepada Datuk Seri Mohd Najib sebagai tanda penghargaan […]
Kejayaan menawan sungai terpanjang di dunia itu juga sekali gus menyaksikan nama mereka tercatat di dalam The Malaysia book of Records (MBR) sebagai kumpulan pertama dari Malaysia melakukan ekspedisi kayak di Sungai Nil. Sijil itu diserahkan oleh wakil MBR kepada jurulatih Muhammad Nur Azrul Che Zabani sejurus pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala […]
Sumber air mentah di Empangan Sembrong, Kluang dikesan dicemari ammonia menyebabkan Loji Rawatan Air LRA Sembrong Barat dihentikan operasi mulai petang semalam. Menerusi kenyataan yang keluarkan SAJ Ranhill Sdn Bhd, penutupan LRA Sembrong menjejaskan 45,000 pengguna di daerah Kluang. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata beliau […]
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan ‘Salute Malaysia Drift Challenge’ yang berlangsung di Litar Lumba Kereta Indrapura Pekan, Pahang. Sebanyak 40 kumpulan terdiri daripada pemandu drift profesional yang datang dari seluruh negara menyertai cabaran sukan permotoran itu. Acara yang diadakan sejak semalam dan berakhir hari ini merupakan anjuran Team Salute Malaysia dan […]
Pelajar perubatan dari India, Manushi Chhillar, 20, dinobatkan sebagai Miss World edisi ke-67. Chhillar yang merupakan seorang penari klasik India meletakkan kemenangannya setaraf dengan Venezuela. Kemenangannya sekali gus mengikut jejak dua pelakon terkenal Bollywood Aishwarya Rai dan Priyanka Chopra. Beliau menerima mahkota Miss World daripada pemenang tahun lalu, Stephanie del Valle dari Puerto Rico, dalam satu […]
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka akan berlaku di kawasan perairan Labuan dan Sabah membabitkan Kudat, Sandakan dan Pantai Barat. Dalam pada itu amaran ribut petir turut dikeluarkan di perairan Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat dan […]
Satu gempa bumi sederhana berlaku awal pagi tadi di Halmahera, Indonesia iaitu 1,121 kilometer dari tenggara Semporna, Sabah. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) gempa berskala 5.4 skala richter yang berlaku pada jam 2.36 pagi tadi dijangka tidak menyebabkan berlakunya tsunami.